Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan sekolah yang dibina pada tahun 2021 oleh Yayasan Nurjiwa yang diuruskan olehnya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang terletak di Gaza akhirnya musnah dibom.
Menurut Siti, perantara yang bertugas di sekolah tersebut, iaitu Dr Mohanad dan keluarga juga dilaporkan telah berpindah semula ke Selatan.
“Sekolah Afwa Al Aafiyah telahpun musnah dibedil bom,” katanya.
Perkara itu dikongsi Siti menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram miliknya.
Meskipun sedih dengan perkara yang berlaku, pelantun lagu ‘Menamakanmu Cinta’ bagaimanpun nekad untuk terus menyalurkan bantuan kepada saudara kita di negara bergolak itu. Sekali gus memohon agar orang ramai mendoakan para sukarelawan dan keluarga besar beliau di sana selamat.
“Hasbunallah Walnikmal wakel.. Akhirnya bagunan sekolah Afwa Al Aafiyahdibedil bom.
“Tidak mengapa, kita pasti bangkit semula!! @dr.mohanad.ak serta keluarga semua telah berpindah semula ke selatan.. Kami akan membantu mereka disana. Doakan sukarelawan dan keluarga besar saya di Gaza selamat,” jelasnya.
Dalam pada itu, Siti menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) turut berkongsi bahawa doa-doanya sentiasa dipanjatkan buat mereka dibumi Gaza.





