Siti Nurhaliza Nasihat Wanita 40-an Buat ‘Weight Training’, Sambil Bersukan Ajak Peminat Nyanyi Lagu Kesuma

Siti Nurhaliza Nasihat Wanita 40-an Buat ‘Weight Training’, Sambil Bersukan Ajak Peminat Nyanyi Lagu Kesuma

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkongsi nasihat kesihatan khususnya buat wanita berusia 40 tahun ke atas dengan menekankan kepentingan melakukan senaman weight training selain aktiviti kardio.

Menurut Siti, senaman beban penting bagi membantu menguatkan tulang dan memastikan tubuh kekal sihat seiring peningkatan usia.

“Wanita 40 tahun ke atas kena buat senaman weight training selain dari cardio ye agar tulang lebih kuat dan sihat,” kongsinya.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian, dalam nada bersahaja, Siti sempat mengajak peminatnya menyanyi lagu, Kesuma, sambil bersenam di atas treadmill.

“Sambil treadmill jangan lupa nyanyi, ‘jadilahsaksumaku, samiasalmia ku..Sampai Liang Lahadkuuu’,” katanya.

Perkongsian itu menyorot perhatian peminat yang terhibur dengan sikap positif dan kesedaran kesihatan yang ditunjukkan penyanyi lagu Dialah Di Hati itu, selain menyifatkannya sebagai inspirasi buat wanita untuk kekal aktif dan sihat tanpa mengira usia.

ARTIKEL BERKAITAN:Aisha Retno Menangis Lagu Ciptaannya ‘Kesuma’ Didendangkan Di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN:Penangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Netizen Minta Noh Salleh ‘Remake’ Lagu Kau Mawarku

ARTIKEL BERKAITAN:Penangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Netizen Minta Noh Salleh ‘Remake’ Lagu Kau Mawarku

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ambil Dari Sudut Positif” – Siti Nurhaliza Hargai Adab Peminat, Anggap Reaksi Spontan Itu Normal

ARTIKEL BERKAITAN:“Peminat Ini Adalah Kekuatan” – Siti Nurhaliza Ziarah Peminat Setia Di ICU, Titip Doa Ada Keajaiban

Scroll to Top