Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian warganet apabila kelihatan begitu aktif membeli makanan daripada peniaga tempatan menerusi platform Threads sejak kebelakangan ini.
Perkara itu dikongsikan seorang individu selepas dia mendakwa pelantun lagu Anta Permana itu sering mencuba pelbagai jenis makanan yang dipromosikan di media sosial.
“Tak sure korang perasan ke tak, recently Tokti sangat aktif membeli makanan dekat Threads. Semua benda la dia nak beli. Mana tak nya, sehari 12 jam dia scroll Threads.
“Btw, kau orang jual makanan apa? Baik kau orang reply dekat bawah, mana tau tiba-tiba dia nampak dekat post ni. Ayuhhh peniaga makanan semua!” kata individu berkenaan.

Dalam masa sama, anak tiri kepada penyanyi berkenaan, Aazief Khalid, turut mengesahkan perkara tersebut mengenai minat ibunya itu yang gemar mencuba makanan baharu.
“Mak Iti (Panggilan untuk Siti Nurhaliza) memang rajin beli makanan daripada local business. Duduk rumah sekali dengan dia, memang tiap-tiap hari ada je benda baru yang dia nak try, yang dia akan hulurkan kepada mangsa-mangsa terdekat,” balasnya.





