Siti Nurhaliza sudi nak menyanyi di majlis Fattah, Amira?

Siti Nurhaliza sudi nak menyanyi di majlis Fattah, Amira?

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Shah Alam : “Tapi, dia komen untuk majlis perkahwinan Amira. Kan?”

Ini reaksi pelakon, Fattah Amin ketika diminta mengulas mengenai komen yang ditinggalkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam siaran langsung di media sosial Fattah bersama Amira Othman dan adiknya, Irfan Haris, baru-baru ini.

Dalam komen itu, Siti bergurau dan ingin merenjis pengantin dan sudi untuk menyanyi di majlis perkahwinan Amira selepas penyanyi itu meluahkan hasrat untuk menjemputnya sekiranya majlisnya berlangsung.

“Saya sebenarnya tak boleh baca komen itu apabila Amira maklumkan mengenai komen itu. Sebab tak boleh baca, jadi saya hanya mampu beri reaksi kepada apa yang Amira maklumkan.

“Bulan Ramadan ini, kita kena selalu cakap dan doa yang baik-baik. Jadi, apabila melihat komen baik-baik di siaran langsung dan salah satunya daripada Datuk Seri Siti sendiri, kita gembira dapat gembirakan orang lain.

“Rasa gembira rakan-rakan artis pun cakap yang baik-baik antara kita,” katanya.

Ditanya mengenai desas desus yang mendakwa akan ada satu majlis antara mereka selepas Aidilfitri, Fattah sendiri tidak tahu-menahu mengenainya.

“Saya pun tak tahu mana datang berita mengenai majlis selepas Aidilfitri itu. Doakan yang terbaik. Setakat ini, kami berkawan. Saya dengan Amira rakan sekerja,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top