Siti Saleha Pilih Untuk Tidak Berpuasa Demi Menyusukan Indy

Siti Saleha Pilih Untuk Tidak Berpuasa Demi Menyusukan Indy

Pelakon Siti Saleha berkata dia memilih untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan ini kerana menyusukan anaknya Indra Mateen Fitton.

Memetik Harian Metro, Saleha berkata dia perlu makan untuk pengeluaran susu yang banyak untuk anaknya.

BACA: Siti Saleha Selamat Timang Anak Sulung, Pilih Nama Indra

“Memang saya yang pilih untuk tidak berpuasa sebab penat dan kena banyak makan bagi memastikan pengeluaran susu banyak untuk Indy.

“Juruterapi perbidanan atau Confinement Lady (CL) pula  selalu masak nasi dan saya makan saja menu disediakan. Tapi, saya juga tidak tahu, kita akan berasa sangat penat bila menyusukan anak,” katanya.

Dalam pada itu, Saleha memberitahu dia mengamalkan cara berpantang mengikut tradisi Melayu serta mengelakkan pengambilan makanan sejuk.

“Walaupun berdarah campuran, saya tetap memilih cara berpantang mengikut adat dan tradisional masyarakat Melayu. Selepas habis pantang pun, saya masih lagi menjaga makan termasuk mengelakkan makanan sejuk dan berangin,” katanya.

Untuk rekod, Saleha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Joshua Fitton yang juga pereka fesyen pada 15 Februari 2025. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung pada Januari lalu.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top