Sivasangari gagal ke separuh akhir akibat tewas kali kedua kumpulan

Sivasangari gagal ke separuh akhir akibat tewas kali kedua kumpulan

Kuala Lumpur: Harapan jaguh skuasy negara, S Sivasangari untuk melangkah ke separuh akhir tidak kesampaian apabila mengalami kekalahan kedua dalam saingan Kumpulan B, kempen Final Jelajah PSA 2024/2025, pada Selasa.

Pemain berusia 26 tahun itu terpaksa akur dengan kehebatan Fayrouz Aboelkheir dari Mesir 11-10, 9-11, 7-11 dalam pertarungan sengit selama 41 minit di Revival Film Studio, Toronto, Kanada.

Semalam, pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah itu turut tewas kepada pilihan kedua Olivia Weaver dari Amerika Syarikat (AS), 9-11, 9-11.

Kekalahan berturut-turut itu menamatkan peluang wakil negara untuk mara ke separuh akhir.

Sementara itu, Weaver meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Satomi Watanabe 3-11, 11-6, 11-6 dalam satu lagi aksi Kumpulan B, sekali gus mengesahkan tempat di separuh akhir.

Satu lagi tempat akan ditentukan menerusi pertemuan antara Watanabe dan Aboelkheir, yang masing-masing telah mencatatkan satu kemenangan.

Final Jelajah PSA membabitkan lapan pemain yang dibahagikan kepada dua kumpulan, dan dua pemain terbaik setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top