‘Skandal Najib-Ziana’ akhirnya terjawab

‘Skandal Najib-Ziana’ akhirnya terjawab

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak akhirnya bersuara berhubung khabar angin dan tuduhan yang mengaitkan dirinya mempunyai skandal dengan seorang artis kira-kira 11 tahun lalu.

Menerusi Facebooknya hari ini, bekas Perdana Menteri itu menyatakan tuduhan itu sudah terjawab apabila penyanyi dan pelakon sensasi berkenaan, Ziana Zain telah membuka mulut menjawab mengenai gosip yang melanda mereka baru-baru ini.

“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab. Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia. Sumber maklumat sahih blog-blog pro-PH itu? Komen yang ditinggalkan oleh akaun palsu di dalam forum internet.

“Ziana Zain akhirnya buka mulut tentang gosip dengan VIP ternama,” tulis beliau.

Najib merujuk laporan sebuah blog pro pembangkang yang memfitnahnya dengan mendakwa kebanyakan orang Negeri Sembilan terutama masyarakat Cina tahu mengenai cerita hubungan sumbang Najib dan Ziana.

Berita yang ditulis blogger berkenaan bersumberkan maklumat dari internet itu memaparkan kenyataan dari seseorang yang mendakwa adiknya menjadi pendaftar Mahkamah Syariah di Seremban ketika kes itu dilaporkan.

Semalam, selepas lebih sedekad berlalu, Ziana mengambil keputusan membuka mulut menjawab gosip yang melanda dirinya dikatakan mempunyai skandal dengan seorang VIP sekitar pertengahan 1990-an.

Ketika itu, Ziana popular dengan filem Sembilu dan Maria Mariana mengambil sikap berdiam diri dengan fitnah itu kerana tidak mahu kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi terjejas.

Namun, dalam satu temu bual eksklusif dalam slot “[email protected]”, beliau secara telus dan berterus terang menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada dirinya.

“Orang cuba gosipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar. Saya ambilnya dengan redha selagi ibu bapa saya tahu siapa saya, saya tahu saya siapa,” jelas beliau. – MalaysiaGazette

Scroll to Top