lizamridzuan@hmetro.com.my
Buat peminat aktiviti larian, selain stamina dan ketahanan, kasut adalah ciri paling utama bagi memberikan prestasi terbaik serta membantu untuk mengelakkan kecederaan.
Untuk itu, ‘Skechers’, jenama yang sinonim dengan keselesaan dan inovasi kasut moden, memperkenalkan koleksi terbaharunya, ‘Slip-ins: GOrun Arch Fit 2.0’, yang direka khusus untuk pelari lelaki dan wanita yang gemar menempuh jarak pendek sekitar lima kilometer.
Model ini menandakan satu langkah baharu dalam teknologi kasut larian harian yang ringan, selesa dan paling menarik, boleh disarung tanpa perlu tunduk atau menggunakan tangan.
Koleksi ini menerapkan konsep ‘Slip-In and Run’, membolehkan pelari menjimatkan masa tanpa mengorbankan prestasi hadir dengan rekaan ‘Hands Free Slip-ins®’.
Melaluinya, pemakai hanya perlu memasukkan kaki dan terus bersedia untuk berlari, menjadikannya ideal bagi mereka yang sibuk atau mengutamakan kemudahan tanpa kompromi terhadap fungsi.
Teknologi utama yang menjadi tunjang koleksi ini ialah ‘Arch Fit®’, satu sistem sokongan tapak kaki yang diperakui pakar podiatri, dibangunkan hasil penyelidikan selama 20 tahun serta lebih 120,000 imbasan kaki tanpa beban yang menjadikannya antara sistem sokongan tapak paling saintifik dalam industri kasut sukan.
Selain itu, rekaan ‘Heel Pillow®’ pada bahagian tumit menambah kestabilan dan keyakinan ketika berlari bagi memastikan kaki tidak mudah terlepas atau bergeser di dalam kasut.
Ia sekali gus mengurangkan risiko kecederaan ringan yang sering dialami oleh pelari kasual.
Daripada segi prestasi pula, Skechers dilengkapi teknologi ‘M-Strike® midsole’ bagi membantu pelari mendapatkan peralihan langkah yang lebih semula jadi dan lancar terutama daripada tumit ke hujung jari kaki yang membolehkan setiap larian lebih efisien dengan kadar tenaga lebih rendah.
Turut menjadi kelebihan besar koleksi ini ialah kusyen ultra ringan yang memberi keselesaan berpanjangan tanpa menambah beban.
Kasut ini direka khas untuk pelari jarak pendek yang mahukan keseimbangan antara kelajuan, kelenturan dan sokongan sepanjang pergerakan.
Menariknya, setiap pasang GOrun Arch Fit 2.0 juga boleh dicuci menggunakan mesin, sesuatu yang jarang ditawarkan dalam kasut prestasi.
Ciri ini menjadikan kasut lebih mudah dijaga dan kekal segar walaupun digunakan berulang kali.
Bagi mereka yang mengutamakan pilihan lebih lestari, Skechers memastikan koleksi ini menggunakan bahan mesra vegan (‘vegan-friendly’) seiring dengan komitmen jenama berkenaan terhadap kelestarian dan tanggungjawab alam sekitar.
Untuk gaya, Skechers menawarkan empat pilihan warna untuk lelaki iaitu ‘White/Black’, ‘Yellow/Black’, ‘Navy/Orange’ dan ‘Black/Charcoal’.
Bagi wanita pula, tiga warna ditawarkan iaitu ‘Charcoal’, ‘Grey’ dan ‘White Multi’.
Setiap rekaan juga menampilkan gaya kasual yang sesuai dipakai bukan sahaja untuk berlari, malah ke gim atau aktiviti santai harian.
Koleksi Slip-ins: GOrun Arch Fit 2.0 kini boleh didapati di butik Skechers terpilih seluruh Malaysia termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall dan 1 Utama Shopping Centre.
Ia ditawarkan pada harga bermula RM459, Skechers sekali lagi membuktikan bahawa keselesaan, gaya dan teknologi boleh bergabung dalam sepasang kasut yang direka untuk setiap langkah penuh keyakinan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




