SKUAD hoki lima sebelah (5s) wanita negara kembali memperagakan aksi garang apabila mengikat Fiji 4-4 dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5 Sebelah (5s) di Muscat, Oman pada Khamis.
Anak buah Nabil Fiqri Mohd Noor sebelum itu membelasah Oman, 10-0 sebelum dibelasah Belanda dengan jaringan sama dalam perlawanan kedua.
Gol pasukan negara dijaringkan Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri (m-15, m-21), Ellya Syahirah Ellias (m-20), Qhairunisya Mohd Zanili (m-23), manakala Fiji pula mencetak jaringan menerusi Lora Bukalidi (m-2), Melba Nautu (m-18), Tiara Dutta (m-20) dan Lala Ravatu (m-24).
Keputusan seri itu menyaksikan skuad negara mara ke suku akhir dengan status naib juara kumpulan selepas mengumpul empat mata sama dengan Fiji, namun dibezakan jaringan yang berpihak pasukan negara yang akan berdepan juara Kumpulan A, Afrika Selatan dalam aksi suku akhir pada Jumaat.



