firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Skuad bawah 23 (B-23) mencatat kemenangan kedua dalam aksi pemanas badan menjelang saingan Piala Asean B-23 di Jakarta, Indonesia minggu hadapan.
Kemenangan 4-1 ke atas Melaka FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras malam tadi itu adalah yang kedua selepas turut membenam satu lagi pasukan bertaraf Liga Super pada minggu lalu.
Sebelum ini, anak buah Nafuzi Zain menewaskan PDRM FC 1-0 yang berlangsung di Padang Sime Darby, Bukit Jelutong.
Rentak cemerlang ini pastinya memberi motivasi tambahan buat skuad muda negara itu sebelum membawa cabaran di pentas sebenar nanti.
Dalam aksi itu, empat gol negara diraih menerusi Aliff Izwan, Faris Danish yang meledak satu gol manakala Fergus Tierney menjaringkan dua gol.
Gol saguhati Melaka FC pula disumbangkan pemain import.
“Saya berpuas hati dengan prestasi pemain. Saya lihat ada peningkatan dan ia perkembangan baik untuk pasukan sbelum kita ke sana,” kata Nafuzi selepas aksi itu.
Selepas ini, skuad B-23 akan menentang Negeri Sembilan FC untuk aksi pemanas badan ketiga Jumaat ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd