Paris: Britain meraih emas pertama dalam acara pecut berpasukan wanita di Sukan Olimpik Paris 2024, dengan rekod dunia dipecahkan lima kali,.
Trio Emma Finucane, Sophie Capewell, dan Katy Marchant menguasai Velodrom Saint Quentinen Yvelines dengan catatan masa baru dunia 45.186 saat (s) mengatasi New Zealand, manakala Jerman meraih gangsa.
Ini juga emas pertama bagi Britain dalam acara sejak ia dimasukkan ke dalam program Olimpik di London pada 2012.
Kemenangan mereka itu menutup hari yang luar biasa di mana rekod dunia dipotong berulang kali.
Britain pertama kali memecahkan rekod lama China dalam kelayakan, dengan catatan 45.472s.
Namun, rekod itu dipecahkan lagi oleh Jerman dalam pusingan pertama dan beberapa minit kemudian New Zealand pula meleburkannya sebelum Britain merampas semula rekod itu dengan masa 45.338s.
Dengan gelaran dipertaruhkan, Britain sekali lagi melakar rekod dunia baharu dalam perlumbaan akhir menentang New Zealand, dengan mencatatkan pusingan terakhir yang hebat untuk mencipta sejarah.
Juara bertahan dua kali, China, hanya menduduki tempat keenam.
Ini adalah kali pertama dalam Olimpik bahawa pecut wanita membabitkan tiga pelumba, sama seperti lelaki, bekerjasama untuk mencatat masa terpantas dalam tiga pusingan (750 meter).
Dalam Sukan Olimpik sebelum ini, hanya ada dua pelumba dalam jarak 500 meter.
© New Straits Times Press (M) Bhd