Skuad wanita India raih gelaran sulung BATC

Skuad wanita India raih gelaran sulung BATC

Skuad badminton wanita India meraikan kejayaan muncul juara BATC setelah mengalahkan Thailand 3-2 dalam aksi final di Shah Alam pada Sabtu. Foto Bernama.

SKUAD wanita India melakar sejarah apabila meraih gelaran pertama Kejohanan Badminton Pasukan Asia (BATC) 2024 sekali gus mampu menjadi pencabar kepada kuasa besar badminton pada masa depan.

Kejayaan tersebut diraih selepas India menumpaskan Thailand 3-2 dalam perlawanan akhir di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam pada Ahad.

Malah lebih manis kejayaan itu disumbang oleh pemain remaja berusia 17 tahun yang menyumbang mata kemenangan selepas mengalahkan Pornpicha Choeikeewong 21-14, 21-9.

Ketika kedudukan terikat 2-2, perseorangan ketiga, Anmol Kharb muncul wira untuk mengesahkan trofi menjadi milik India.