Smart Financing pemegang rekod pertama kelulusan pinjaman tertinggi

Smart Financing pemegang rekod pertama kelulusan pinjaman tertinggi

KUALA LUMPUR – Syarikat pembiayaan hartanah, Smart Financing, melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf atas pencapaian meluluskan jumlah pinjaman tertinggi di bawah kelab pelaburan hartanah bagi tahun 2025.

Pengiktirafan itu sekali gus menjadikan Smart Financing sebagai pemegang rekod pertama dalam kategori berkenaan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor pembiayaan pelaburan hartanah.

Diasaskan oleh Datuk Dr Gary Chua, Smart Financing dikenali sebagai pakar dalam menyediakan penyelesaian pembiayaan inovatif khusus kepada pelabur hartanah serta kelab pelaburan.

Menurut Gary Chua, pendekatan inovatif dalam proses kelulusan pinjaman yang diperkenalkan syarikat itu telah membuka ruang kepada lebih ramai pelabur untuk mengakses dana berskala besar.

“Komitmen kami dalam memudahkan pertumbuhan pelaburan terbukti menerusi pencapaian rekod ini.

“Pengiktirafan daripada The Asia Records ini mengesahkan peranan kami sebagai perintis dalam sektor pembiayaan hartanah.

“Kami berbangga menjadi pemegang rekod pertama bagi kelulusan pinjaman tertinggi di bawah kelab pelaburan hartanah,” katanya.

Pengiktirafan daripada The Asia Records ini mengesahkan peranan Smart Financing sebagai perintis dalam sektor pembiayaan hartanah.

Pengiktirafan daripada The Asia Records ini mengesahkan peranan Smart Financing sebagai perintis dalam sektor pembiayaan hartanah.

Beliau menambah, pencapaian tersebut mencerminkan dedikasi berterusan syarikat dalam menyokong dan memperkasa komuniti pelabur hartanah di negara ini.

Dalam pada itu, Smart Financing turut memainkan peranan sebagai akademi hartanah dengan menyediakan kursus dan latihan kepada institusi serta individu yang berminat dalam bidang pelaburan.

Menurutnya, inisiatif pendidikan tersebut bertujuan membantu orang ramai membina masa depan kewangan yang lebih kukuh melalui pendedahan ilmu dan kemahiran praktikal.

“Kami bukan sekadar menawarkan pembiayaan, tetapi turut memberi fokus kepada pembinaan kekayaan dan impak jangka panjang dalam kehidupan.

“Kursus yang dianjurkan melengkapkan peserta dengan pengetahuan, alatan dan sumber bagi menghadapi cabaran dunia sebenar yang sentiasa berubah,” jelasnya.

Smart Financing turut dipaparkan dalam Asia Record Book 2025/2026 yang kini boleh didapati di kedai buku utama serta laman web rasmi The Asia Records.

Scroll to Top