SMK Shah Alam juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023

SMK Shah Alam juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023

SMK Shah Alam muncul juara Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 tahun (B-15) 2023.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam muncul juara Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 tahun (B-15) 2023 selepas menewaskan SMK Meru, 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Isnin.

Anak buah Mohd Akid Aiman Mohd Zanggi tampil dengan status pilihan bermula garang apabila memimpin separuh masa pertama dengan dua gol yang dijelmakan Vincenzo Oliveo D’Dozzel Donny minit ketiga, diikuti Muhamad Danish Harith Muhd Zakri (m-11).

Separuh masa kedua anak buah Mat Hassan Mat Rofi yang ketinggalan dua gol tidak mengalah sebaliknya kembali memperkemaskan taktikal berusaha untuk kembali dalam permainan.

Namun ketumpulan penyudah menyaksikan beberapa peluang gagal diterjemahkan jentera depan pasukan dari Klang yang akhirnya dimanfaatkan Hafiz Hakim Noorfaezal dengan gol minit ke-48 bagi menoktahkan kemenangan bergaya juara Piala Sumbangsih itu.

Scroll to Top