
Pemain-pemain skuad B-15 SMK Sultan Abdul Samad.
PENGENDALI skuad bola sepak Bawah 15 (B-15) tahun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad, Muhammad Firdaus Azhar menyifatkan kejayaan pasukan kendalian mara kelompok empat terbaik kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023 merupakan satu pencapaian membanggakan warga sekolah tersebut.
Malah, Muhammad Firdaus mahu prestasi cemerlang sepanjang kempen edisi 2023 itu dilabuhkan dengan rentak kemenangan apabila berdepan SMK Darul Ehsan dalam aksi penentuan tempat ketiga keempat di padang Turf Seksyen 19, Shah Alam pada Isnin.
“Kejayaan mara ke separuh akhir menentang SMK Meru tempoh hari merupakan satu pencapaian terbaik buat pasukan SMK Sultan Abdul Samad, walaupun tidak berjaya ke perlawanan akhir.
“Saya sangat bangga dengan komitmen para pemain SMK Sultan Abdul Samad beraksi sepenuh hati serta bermain penuh berdisiplin.