Florida: Austin Smotherman mencatat pusingan tanpa bogey dengan 9 bawah par 62, termasuk enam birdie berturut-turut di pertengahan permainan untuk mendahului pusingan pertama Cognizant Classic di The Palm Beaches, Florida.
Nico Echavarria berada satu pukulan di belakang selepas mencatat 63, manakala kumpulan enam pemain yang terdiri daripada Taylor Moore, Jackson Suber, Kevin Roy, Daniel Berger, pemain Norway, Kristoffer Reitan dan pemain Sweden, Pontus Nyholm melengkapkan kelompok pencabar awal dengan 4 bawah par 67.
Pemain yang baru kembali beraksi di PGA Tour, Brooks Koepka gagal menemui rentak dalam penampilan semulanya di Florida.
Dia mencatat 4 atas par dalam enam lubang terakhir, termasuk double bogey di lubang par-3 ke-17, dan menamatkan pusingan dengan 3 atas par 74, sekali gus terperosok di kedudukan terikat ke-98.
Kad skor David Ford pula sangat tidak menentu.
Selepas memulakan pusingan di sembilan lubang belakang, Ford mencatat quadruple bogey yang buruk di lubang ke-17 apabila melakukan beberapa pukulan ketika berdiri dalam air.
Namun dia segera menebus kesilapan itu dengan melakukan eagle di lubang kedua dan ketiga, sebelum menamatkan pusingan dengan 1 atas par 72 untuk berkongsi kedudukan ke-68.
© New Straits Times Press (M) Bhd




