Soffi Jikan masuk wad akibat denggi dan kencing tikus

Soffi Jikan masuk wad akibat denggi dan kencing tikus

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon filem KL Gangster, Soffi Jikan yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman, memaklumkan kesihatannya kini stabil.

Soffi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 54, ketika dihubungi menerusi mesej WhatsApp hanya menjawab ringkas pertanyaan yang diajukan Harian Metro berkaitan perkembangan terkininya.

“Alhamdulillah,” jawabnya ringkas.

Ditanya bila dia akan dibenarkan keluar wad, Soffi hanya memaklumkan dia tidak tahu.

Terdahulu, tular di TikTok apabila seorang individu dipercayai kenalan kepada Soffi iaitu Hasyim, memuat naik video yang memaparkan keadaan terkini pelakon itu yang berada di hospital.

“Mula-mula dia masuk wad sebab kena kencing tikus dan denggi. Selepas enam hari dalam wad, dia dah boleh keluar,” tulisnya.

Hasyim berkata, Soffi kemudian dimasukkan ke hospital semula selepas keadaan kesihatannya didapati kurang memuaskan.

“Selepas tiga hari, dia demam semula sebab dadanya sakit dan hati pula di jangkitan kuman,” tulisnya lagi.

Soffi menerusi TikToknya pula menulis keterangan berkaitan penyakit yang dihidapinya.

“Salam semua, balik dari Sabah demam teruk, kena denggi dan kencing tikus. Sihat sikit sambung kerja pergi ‘shooting’ (penggambaran) di Johor kemudian pergi ke Padang Besar, Perlis.

“Kena ‘heat stroke’, kemudian kena jangkitan kuman dan masuk Hospital Sungai Buloh,” tulisnya.

Netizen pula menitipkan doa buat Soffi agar dia kembali sihat sepenuhnya dan dapat melakukan aktivitinya seperti biasa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top