Nampaknya anak muda dari Kelantan, Sofyank berjaya mencapai satu lagi kejajayaan yang membanggakan apabila dapat melakukan satu projek istimewa bersama pelakon Hollywood terkenal, Tom Cruise!
Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian merakam momen bersejarah tersebut bersama Tom Cruise dan rakannya, @mshaffuan di Shibuya Crossing, Tokyo, Jepun.
Alhamdulillah! We did it!- Tulis Sofyank ringkas namun penuh makna sambil memuat naik gambar bersama bintang filem Mission Impossible itu.
Sofyank kongsi persiapan yang mendebarkan sebelum hari penggambaranā¦
Sebelum sesi penggambaran berlangsung, Sofyank sempat berkongsi perasaannya yang bercampur baur sejurus tiba di Tokyo.
Bismillah. Alhamdulillah selamat mendarat di Tokyo. InsyaAllah esok kalau tiada halangan, saya akan shoot satu video vfx bersama dengan Tom Cruise.
Menurutnya lagi, walaupun telah melakukan pelbagai persiapan, perasaan gementar tetap ada kerana peluang seumpama ini bukan datang selalu.
Dia turut memohon doa daripada semua agar penggambaran berjalan lancar dan berjanji untuk terus berkongsi perkembangan terkini dengan peminat.
Pssttt! Kejayaan Sofyank ini membuktikan bahawa dengan kesungguhan, disiplin dan keikhlasan dalam berkarya, impian yang dahulu kelihatan mustahil mampu digapai. Jangan sesekali meremehkan cita-cita sendiri hanya kerana bermula dari tempat kecil. Teruskan berusaha, kerana kejayaan itu milik mereka yang tidak berhenti mencuba.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.