SOJC pentas terbaik sebelum bertarung pada kejohanan dunia

SOJC pentas terbaik sebelum bertarung pada kejohanan dunia

KEJOHANAN Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 dari 27 Oktober hingga 4 November ini merupakan medan terbaik buat skuad hoki remaja negara untuk mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang Kejohanan Piala Dunia Remaja (JWC) 2023 di Kuala Lumpur Disember depan.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kehadiran beberapa pasukan yang sama pada kedua-dua kejohanan memberi peluang buat skuad ‘Young Tigers’ mengasah taring sebelum pertarungan sebenar pada JWC 2023 dari 5 hingga 16 Disember.

Kejohanan SOJC bawah 21 tahun itu bakal disertai pasukan gergasi Great Britain, India, Jerman, Australia, Afrika Selatan, New Zealand dan Pakistan, selain Malaysia selaku tuan rumah.

“Kalau dilihat pada senarai, hampir sebahagian besar pasukan yang akan bermain di JWC akan turun berentap terlebih dahulu di SOJC.

Scroll to Top