“Sosok yang memerdekakan suara rakyat” -PM Anwar kenang jasa & bakti Pak Lah

“Sosok yang memerdekakan suara rakyat” -PM Anwar kenang jasa & bakti Pak Lah

PM Anwar menyifatkan allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai sosok yang memerdekakan suara rakyat.

Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu mengakui terkejut dengan berita yang baru sahaja didengarkan.

PM Anwar kenang momen ziarah allahyarham

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya di media sosial, Anwar mengenangkan semula detik beliau menziarahi allahyarham yang sudah uzur di kediamannya.

“Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.

“Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam,” tulisnya.
PM Anwar kenang jasa

PM Anwar sifatkan allahyarham sosok yang berjiwa besar

Anwar juga menyatakan bahawa Allahyarham Pak Lah adalah seorang yang begitu menenangkan dalam kancah politik dan merupakan insan yang cukup berjiwa besar dalam segala aspek.

“Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.

“Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembanganunan dengan nilai.
‘Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
“Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan,” tulisnya lagi.

Artikel lain: Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di IJN

Susulan daripada itu, Anwar telah menyampai salam takziah kepada keluarga Pak Lah dan menyedari bahawa Malaysia pastinya sangat bersedih dengan pemergian negarawan yang cukup berbakti kepada Malaysia.

Di akhir ucapannya, beliau menyatakan bahawa Malaysia banyak terhutang budi kepada allahyarham dan mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.

Scroll to Top