Southampton tempah tiket ke Wembley

Southampton tempah tiket ke Wembley

LONDON: Southampton melupakan seketika prestasi hambar mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mara ke separuh akhir Piala FA selepas membenam Bournemouth 3-0, sebentar tadi.

Prestasi barisan Ralph Hasenhuttl merosot dalam saingan EPL apabila bergelut di zon penyingkiran selepas tewas 10 daripada 12 perlawanan terakhir mereka.

Namun, Southampton tampak kebal dalam Piala FA apabila menempah tiket ke Wembley untuk aksi separuh akhir apabila Nathan Redmond meledak dua gol selepas Moussa Djenepo membuka tirai jaringan.

Southampton, yang juga juara Piala FA 1976, kembali beraksi di kelompok empat terakhir buat pertama kali sejak 2018 dan kali terakhir mereka mara ke final pada 2003, tetapi tunduk 1-0 kepada Arsenal. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top