Southgate terpaksa tunggu final Eropah

Southgate terpaksa tunggu final Eropah

LONDON: Muka baharu Ben White dan Ben Godfrey disenarai dalam skuad 33 pemain England untuk Euro 2020 – dengan Eric Dier tercicir selepas musim hambar bersama Tottenham.

Pertahanan Brighton White dan Godfrey dari Everton berada dalam senarai Gareth Southgate sebelum skuad itu dikurangkan kepada 26 pemain.

Jesse Lingard, Jude Bellingham dan Mason Greenwood akan mula melaporkan diri hujung minggu ini tetapi penyerang Southampton Danny Ings tidak tersenarai.

Trent Alexander-Arnold berada dalam senarai empat bek kanan, manakala penjaga gol Sheffield United Aaron Ramsdale akan mula berlatih bersama skuad senior.

Southgate turut menyenaraikan Jordan Henderson walaupun tonggak Liverpool itu tidak beraksi tiga bulan, dan Kalvin Phillips sedia diturunkan walaupun bahunya cedera ketika aksi terakhir untuk Leeds musim ini.

Bintang Leicester City James Maddison juga tidak tersenarai walaupun mempamerkan prestasi cemerlang bersama juara Piala FA itu.

Sukar buat Southgate untuk menyenaraikan skuad terakhirnya memandangkan 12 pemain terbabit dalam final Liga Europa dan Liga Juara-Juara minggu ini.

Selain daripada pemain-pemain Chelsea, Manchester City dan Manchester United, semua pemain disenaraikan akan melaporkan diri Sabtu ini sebelum aksi persahabatan menentang Austria pada 2 Jun. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top