Spekulasi jadi tunang Syamsul Yusof, Ira Kazar cakap -“Saya masih single, okey!”

Sebut sahaja nama Ira Kazar, pasti ramai ‘panas hati’ apabila anak kepada pelakon veteran, Kaizar Saisi dikatakan menjadi orang ketiga merosakkan rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Terbaru, pemilik nama Faghira Fatini Kazaruddin memaklumkan dirinya masih ‘single’ menerusi InstaStory miliknya malam tadi.

Menerusi video berdurasi lapan saat itu, Ira sebelum itu memberikan ulasan mengenai filem berjudul Black Phone yang ditontonnya baru-baru di Golden Screen Cinemas (GSC) The Starling Mall, Petaling Jaya semalam sebelum secara tiba-tiba memberi ‘hint’ tentang status dirinya kini.

“By the way, saya masih single, okey!” katanya secara ringkas.

Pendedahan wanita berusia 27 tahun itu seakan-akan tahu namanya kini sedang hangat diperkatakan orang ramai gara-gara timbulnya spekulasi menjadi tunangan kepada Syamsul Yusof.

Semalam, isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana memuat naik satu tangkap layar InstaStory daripada seorang individu yang mendakwa Syamsul sudah bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang, Syamsul!!!!!!!!!”dakwa individu berkenaan.

Berikutan itu, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit kerana memaklumkan perkara tersebut selain mengucapkan syukur sekiranya dakwaan itu benar.

“Terima kasih DM (mesej langsung) saya. Kalau betul, alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,”tulis Puteri Sarah.

Bukan itu sahaja, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof turut tampil membuat kenyataan mengenai isu tersebut dan menafikan dakwaan tersebut.

“Ya, saya tak bertunang atau berkahwin dengan sesiapa.

“Tanyalah fasal filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, asyik cerita hal dalam kain saya sahaja,”kata Syamsul apabila ditanya mengenai desas-desus berkenaan.

Sumber: Instagram @irakaza