Spritzer hasilkan selendang, pengikat rambut dari botol kitar semula

Spritzer hasilkan selendang, pengikat rambut dari botol kitar semula

KUALA LUMPUR – Spritzer dan TudungPeople, bekerjasama menghasilkan selendang edisi terhad yang diperbuat daripada botol plastik dikitar semula.

Ia merupakan sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian syarikat Spritzer.

TudungPeople, yang mempunyai lebih daripada 100 reka bentuk dan cetakan, akan menggunakan lapan botol plastik dikitar semula bagi satu selendang dengan inspirasi reka bentuk daripada botol Icon Spritzer.

Koleksi Edisi Terhad Hutan Hujan ini sudah tersedia sejak 24 Mei lalu.

Selendang dan scrunchie (pengikat rambut) edisi terhad tersebut menggambarkan imej indah flora hutan hujan dengan warna biru firus (turquoise) sebagai latar belakangnya.

Motif bunga orkid, paku-pakis dan monstera menghiasi selendang dan scrunchie sementara fabrik, dengan keseimbangan berat, menyokong bentuk selendang dan menepati wajah pemakainya.

Selendang edisi terhad hasil kerjasama dengan TudungPeople menggunakan botol kitar semula Spritzer.

Setiap selendang datang dengan rekaan beg saku boleh diguna semula yang sepadan, bagi menyimpan selendang unik anda

“Spritzer sedang berusaha menuju masa depan yang berlestari, dengan inisiatif dan perkongsian untuk menggalakkan dan menyerlahkan kelestarian dan amalan lestari.

“Syarikat, yang terkenal dengan air mineralnya yang kaya dengan silika, juga mendorong kesedaran tentang kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian dan bagaimana persekitaran yang bersih adalah penting kepada sumber air,” kata Spritzer di sini hari ini.

Inisiatif ini menggalakkan orang ramai membayangkan apa lagi botol plastik boleh digunakan.

Selendang buatan TudungPeople x Spritzer yang cantik ini dijual pada harga RM179, scrunchie comel pada harga RM25 atau set pada harga RM184. – MalaysiaGazette