SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan membabitkan syarikat Sapura Energy Berhad.

Menurut sumber, siasatan ini adalah berdasarkan siasatan awal yang dibuka SPRM pada penghujung tahun 2023 yang turut melibatkan tuntutan-tuntutan yang dibuat membabitkan syarikat berkenaan.

“Dua kertas siasatan ini dibuka menjurus kepada kegiatan pengubahan wang haram dan penyelewengan melibatkan tuntutan-tuntutan sekitar tahun 2018 ketika syarikat itu dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad.

“Selain jenayah rasuah, siasatan juga akan memberi fokus kepada isu kelemahan tatakelola dan kelemahan pengurusan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan katanya kertas siasatan dibuka dibawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top