hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan dua individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang mengesan lelaki, Ang Eng Leng, 49, dengan alamat terakhirnnya di Tower B-23A-07, Residensi Skyluxe, No.6, Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Menurutnya, seorang lagi individu adalah wanita, Rasnah Majuan, 50, beralamat di Kampung Tanjung Kapur, Kudat, Sabah.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Ang Eng Lee diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sharifah Nuraini Syed Ibrahim di talian 06-2896000 atau 019-7849821 atau email kepada sharifah.nuraini@sprm.gov.my.
“Bagi kes membabitkan Rasnah Majuan, diminta menghubungi pegawai penyiasat, Ahmad Aslam Selamat di talian 088-488381 atau e-mel kepada ahmadaslam@sprm.gov.my,” kata kenyataan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd