Oh! Negara
SPRM minta wanita dalam klip video dengan Albert Tei hadir beri keterangan 1 Disember 2025.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mencari seorang wanita yang muncul dalam klip video bersama ahli perniagaan, Albert Tei.
SPRM memaklumkan kehadiran wanita itu sangat penting kerana ia berkait rapat dengan siasatan melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri. Benda macam ni bukan kecil, jadi mereka nak semua pihak yang terlibat tampil dan beri keterangan dengan jelas.
Siasatan berkait dakwaan melibatkan Albert Tei…

Menurut kenyataan SPRM, wanita itu diminta hadir ke pejabat SPRM pada 1 Disember 2025. Dalam masa sama, Albert Tei sendiri turut sudah dihubungi dan diminta hadir pada tarikh yang sama. SPRM sekarang tengah cuba mengesan wanita tersebut dan berharap dia tampil segera untuk bantu siasatan.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan segera akan dijalankan berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan Albert dan Shamsul Iskandar. Katanya lagi, mereka akan memanggil Albert sebagai individu yang membuat dakwaan itu, bersama pihak lain yang turut dinamakan, untuk beri keterangan dalam masa terdekat.
SPRM tekankan yang mereka akan jalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh, jadi korang jangan risau atau cepat sangat buat rumusan sendiri.
Pssttt! Kalau ada video tular, jangan cepat terpengaruh atau tambah spekulasi sendiri. Benda macam ni lebih baik kita serah pada pihak berkuasa untuk siasat sampai habis. Yang penting, jangan jadi penyebar maklumat yang belum tentu sahih.
Kredit: Facebook SPRM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




