rnoraina@hmetro.com.my
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) akan bekerjasama bagi membanteras jenayah rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bersedia pihaknya bersedia memberikan kerjasama menentang rasuah termasuk aspek pencegahan pengubahan wang haram.
“SPRM komited bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
“Kekuatan dan keakraban hubungan antara SPRM bersama FBI jelas diperlihatkan melalui pencapaian pemulihan aset terutama membabitkan kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Beliau sebelum itu menerima kunjungan hormat FBI diketuai Legal Attache FBI, Jagdeep Singh Khangura di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.
Pertemuan yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu memberi fokus mengenai kerjasama risikan dan siasatan dalam kes berprofil tinggi membabitkan Malaysia dan Amerika Syarikat.
Ia turut dihadiri Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin; Assistant Legal Attache FBI, Cody Kirk dan In-Coming Legal Attache FBI, Varinder Singh.
© New Straits Times Press (M) Bhd




