SPRM Jawab Dakwaan Letak Sendiri RM170 Juta Dalam Safe House

SPRM Jawab Dakwaan Letak Sendiri RM170 Juta Dalam Safe House

Siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, terus menjadi perhatian apabila beliau dijadualkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, esok (Khamis) untuk memberi keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, wujud pula dakwaan bahawa wang tunai kira-kira RM170 juta yang ditemui dalam sebuah safe house kononnya diletakkan sendiri oleh SPRM.

Namun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menepis dakwaan tersebut, menegaskan bahawa ia adalah tuduhan tidak berasas.

Saya ada baca berita di media sosial kata SPRM letak RM170 juta, di mana saya boleh dapatkan semua wang ini?

Siasatan dijalankan secara profesional dan dakwaan seperti itu tidak munasabah.- Katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa SPRM telah menyita 13 akaun bank bagi membantu siasatan kes ini.

Ismail Sabri dijangka hadir esok pagi…

Menurut Azam, Ahli Parlimen Bera itu akan hadir ke SPRM pada jam 10 pagi selepas sijil cuti sakitnya tamat hari ini.

Beliau (Ismail Sabri) akan hadir untuk dirakam percakapan berdasarkan siasatan yang sedang dijalankan dan saksi-saksi tambahan (juga) akan dipanggil dalam tempoh terdekat secara berperingkat ke pejabat SPRM untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.- Katanya.

Azam membuat kenyataan ini ketika menghadiri Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara SPRM dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) semalam.

Siasatan bertambah, 23 saksi baharu akan dipanggil SPRM…

Setakat ini, SPRM telah merekodkan keterangan daripada 36 saksi dan mengenal pasti 23 saksi baharu yang dijangka dipanggil dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Ismail Sabri sebelum ini pernah dikejarkan ke pusat perubatan swasta selepas rebah di rumahnya pada 21 Februari lalu. Kini, selepas tempoh rehatnya tamat, siasatan terhadapnya diteruskan.


Scroll to Top