SPRM mohon kebenaran rakam keterangan bekas pengerusi Felda di penjara

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan kebenaran untuk merakam keterangan bekas pengerusi Felda yang kini menjalani hukuman penjara, sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap aset dan pelaburan membabitkan Felda Investment Corporation (FIC).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, suruhanjaya itu memerlukan kerjasama Jabatan Penjara untuk merakam keterangan bekas pengerusi berkenaan.

“Hala tuju siasatan kami terhadap Felda akan membabitkan rakaman keterangan daripada saksi utama yang pernah menjadi sebahagian daripada pengurusan terdahulu Felda.

“Seperti yang kita maklum, bekas pengerusi Felda itu kini menjalani hukuman penjara kerana kesalahan rasuah sebelum ini.

“Kami akan mendapatkan kerjasama Jabatan Penjara untuk merakam keterangan daripada individu berkenaan,” katanya pada sidang media hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top