SPRM tahan datuk seri

SPRM tahan datuk seri

bhnews@bh.com.my

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar datuk seri kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000.

Menurut sumber, suspek menerima wang itu daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh Jabatan Imigresen.

“Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 malam di Pejabat SPRM Selangor, hari ini.

“Suspek mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China berkenaan yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket judi dalam talian dan Macau Scam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok, bagi permohonan reman.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top