Spurs tak terkesan gagal sambar Eze – Frank

Spurs tak terkesan gagal sambar Eze – Frank

Manchester: Pengurus Tottenham Hotspur, Thomas Frank berkata, barisan pemainnya tidak memerlukan motivasi tambahan untuk mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam, selepas kegagalan kelab itu mendapatkan khidmat Eberechi Eze.

Penyerang Crystal Palace itu dilihat hampir menyertai Spurs minggu lalu sebelum seteru utama mereka, Arsenal, yang juga kelab zaman kanak-kanak Eze, bertindak menggagalkan perpindahan terbabit.

“Jangan sekali-kali gunakan nama mana-mana pemain yang bukan milik kelab kami sebagai motivasi,” kata Frank.

Namun kegagalan mendapatkan Eze jelas menyinggung hati penyokong Spurs apabila mural Eze di dinding berhampiran Stadium Emirates diconteng dengan cat putih oleh mereka yang melakukan vandalisme.

Spurs bagaimanapun meneruskan rekod baik mereka di Stadium Etihad dengan meraih kemenangan ketiga dalam lima kunjungan terakhir, sekali gus mengekalkan permulaan cemerlang musim ini.

“Kami ditanya banyak soalan mengenai perpindahan pemain ketika sidang media pra-perlawanan semalam, tetapi kami sudah pun menandatangani dua pemain yang sangat bagus, dua pemain iatu adalah Mohammed) Kudus dan Palhinha.

“Hari ini Palhinha, wow, kadang-kadang anda hanya perlukan keyakinan, malah saya rasa dia masih belum benar-benar cergas sepenuhnya,” kata Frank.

Spurs melantik Frank pada Jun lalu, kurang dua minggu selepas Ange Postecoglou dipecat susulan pasukan menamatkan musim lalu di tangga ke-17.

“Saya sangat gembira. Amat berbangga dengan prestasi barisan pemain,” kata Frank.

Spurs juga belum bolos musim ini selepas kemenangan 3-0 ke atas Burnley pada aksi pembukaan.

“Saya mesti katakan bahawa rekod tanpa bolos ini membuatkan saya sangat gembira,” kata Frank.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top