SRG.OG menang perlawanan sulung

SRG.OG menang perlawanan sulung

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Juara dunia Mid Season Cup (MSC) 2024, Selangor Red Giants (SRG.OG) meraih kemenangan pertama di peringkat Kumpulan A, dengan keputusan 2-1 menentang Virtus.pro di Piala Dunia E-Sukan – Mobile Legends: Bang Bang (EWS-MSC) Riyadh 2025.

Lebih menarik, SRG.OG bakal berdepan wakil Myanmar, Mythic Seal (MYTH) bagi perlawanan pusingan satu Upper Bracket, 7 malam esok.

“Kami akan berjumpa dengan Mythic Seal dari Myanmar dan tahu mereka sangat bagus dan kuat, jika dibandingkan dengan Brazil. Myanmar lebih baik.

“Walaupun kami kalah peringkat M6 tahun lalu, tapi rasa boleh menang kali ini.

“Kami yakin dapat menang menentang dengan Myanmar,” kata Sekys dalam satu hantaran di Instagram rasmi MPL Malaysia.

Kemenangan itu menjadikan wakil negara hanya selangkah menuju ke peringkat Playoff EWS-MSC Riyadh 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 30 hingga 31 Julai ini.

Barisan pemain SRG.OG turut diperkuatkan bakat muda negara seperti Muhd Qayyum Ariffin (Yums), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) serta dua pemain import dari Filipina, Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) dan John Vincent Banal (Innocent).

Untuk rekod, SRG.OG mencipta sejarah sebagai pasukan pertama Malaysia menjuarai MSC selepas menewaskan AP Bren dari Filipina 4-2 pada edisi tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top