Sri Pahang umum berpisah dengan 10 pemain

Sri Pahang umum berpisah dengan 10 pemain

10 pemain yang tidak lagi bersama Sri Pahang pada musim depan. Foto: FB Sri Pahang

PROSES transformasi kelab Liga Malaysia (Liga-M) kian hangat setelah setiap pasukan mula mencongak strategi untuk mengharungi musim 2024/2025 apabila sepak mula dijadual awal Mei 2024.

Selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukan kejutan berpisah dengan barisan kejurulatihan serta pemain, tiba giliran Sri Pahang FC pula membuat perubahan baharu.

Skuad Tok Gajah menerusi hantaran di laman sosial sebentar tadi mengumumkan seramai 10 pemain tidak lagi bersama pasukan pada musim depan.

Mereka terdiri daripada pemain import Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva, Sherzod Fayziev dan Nicholas Swirad.

Scroll to Top