“Staf cium bos marketing ke?” -Ah Moi geram konflik rumah tangga dituduh ‘marketing’

“Staf cium bos marketing ke?” -Ah Moi geram konflik rumah tangga dituduh ‘marketing’

Konflik rumah tangga influencer media sosial, Shermine Ah Moi bersama bekas suaminya, View Chin masih menjadi bualan ramai walaupun masing-masing dilihat sudah move on dengan apa yang berlaku.

Namun begitu, Ah Moi dilihat meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan sesetengah netizen yang menyatakan konflik rumah tangga yang dihadapi hanyalah sebuah marketing untuk menaikkan nama masing-masing.

Bengang dengan tuduhan trsebut, Ah Moi menerusi media sosial telah menulis panjang lebar dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah netizen itu.

Ujarnya, dia mempunyai bukti dan akan mendedahkannya di mahkamah kelak. Dia juga mendapat nasihat daripada peguam untuk tidak berkongsi semua bukti di media sosial bagi mengelakkan tokok tambah cerita daripada netizen.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata berkenaan juga mempersoalkan semula tuduhan dia membuat marketing kepada sesetengah netizen kerana yang bercium dengan suaminya adalah staf mereka sendiri.

“Korang better jelas something, siapa yang kacau i dan anak2 dulu?! Biadap betul.

cerai ni tidak sah, I akan take legal action kepada dia dua orang, so cerai punya pasal korang better ambil perhatian dengan ayat korang! Sekarang i take legal way to settle, i diam bukan maksud i lemah tau!

Kepada netizen yang cakap ni marketing, staff i kiss bos dia ini kira marketing ke? I tak akan buat marketing dengan cara ni ok!” tulisnya.

Walau bagaimanapun, dia akur bahawa View Chin masih lagi bapa kepada anak-anaknya dan tidak menghalang lelaki itu bertemu zuriat sendiri.

Buat masa ini, wanita terbabit sedang giat bangkit dari masalah yang menimpa dengan memulakan kembali kerjayanya sebagai influencer.

Difahamkan, Ah Moi telah dilamar untuk menjadi duta produk dan sudah memulakan kerjaya dengan bekerjasama dengan ebuah syarikat produk kecantikan.

Sumber: Facebook Shermine Ah Moi