“Steady Lah Ustaz Favorite Malaysia” – Caprice Kongsi Video Terbaru Ebit Lew | Oh! Artis – Oh! Media

“Steady Lah Ustaz Favorite Malaysia” – Caprice Kongsi Video Terbaru Ebit Lew | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Caprice kongsi sesi live dua ‘ustaz’ raih gift di TikTok, netizen kecewa!


Baru-baru ini, penyanyi terkenal Caprice mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu rakaman sesi live TikTok membabitkan Ebit Lew dan Ustaz Tido.

Perkongsian itu disertakan kapsyen ringkas, “Steady lah ustaz favorite Malaysia,” yang dipercayai ditujukan secara sinis kepada mereka yang digelar ‘ustaz’ oleh netizen.

Ustaz Tido dan Ebit Lew beradu ‘PK’

Rakaman itu menunjukkan mereka sedang dalam sesi pertarungan ‘PK Live’ dengan jumlah gifting points yang tinggi.

“Cap dah lama pesan, kita yang lalai” – Netizen mula bersuara

Caprice

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dan sinis terhadap tindakan tersebut yang dianggap menjatuhkan maruah golongan agamawan.

Dalam masa dunia sedang bergolak dan umat Islam diuji dengan pelbagai cabaran, netizen turut mempersoalkan keutamaan sesetengah pihak yang menjadikan platform Live sebagai ‘pentas’ mencari populariti dan wang ringgit.

Pssttt! Rasanya niat berdakwah melalui TikTok tak salah, tapi apabila memegang title pendakwah perlakuan kenalah seiring kan. Jangan sampai masyarakat hilang hormat hanya kerana ‘gift’ dan populariti.

Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top