Steinbruckner puji kebangkitan TFC

Steinbruckner puji kebangkitan TFC

Sony Norde menjadi wira TFC ketika kemenangan ke atas Stallion.

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menyifatkan pasukannya berhak meraih kemenangan biarpun menerima tentangan sengit daripada pasukan Stallion Laguna dalam aksi Piala AFC, pada Rabu.

Menurutnya, TFC bermain lebih baik terutama ketika mencipta kebangkitan daripada ketinggalan dua gol awal dalam kemenangan 3-2 di Stadium Binan, Filipina itu.

“Saya perlu mengucapkan tahniah kepada para pemain kerana selepas ketinggalan dua gol, kami berjaya bangkit. Perlawanan pertama (menentang Stallion), kami juga ketinggalan dua gol dan berjaya ikat mereka untuk dapat satu mata.

“Misi kami adalah mahu menang perlawanan ini untuk mengekalkan peluang untuk layak ke pusingan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Scroll to Top