KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Stella Holdings Bhd, Mewah Kota Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM12.79 juta.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak berkaitan pengurusan sisa pepejal di Taman Beringin, Kuala Lumpur itu diberikan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kontrak itu akan dilaksanakan bagi tempoh enam tahun dari 5 Ogos 2021 hingga 4 Ogos 2027.
Pemberian kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Stella mulai tahun kewangan 2022 dan seterusnya.
-BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd




