Stesen LRT KLCC ditutup sementara akibat kepulan asap

Stesen LRT KLCC ditutup sementara akibat kepulan asap

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Stesen transit aliran ringan (LRT) KLCC ditutup buat sementara waktu susulan terdapat kepulan asap di bilik peralatan elektronik dalam stesen berkenaan, petang ini.

Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan semua penumpang dibenarkan untuk keluar daripada stesen terbabit.

“Penumpang disarankan ke Stesen Persiaran KLCC dan Stesen Ampang Park untuk meneruskan perjalanan mereka.

“Perkhidmatan bas perantara percuma turut disediakan di antara Stesen Ampang Park, Stesen KLCC dan Stesen Dang Wangi,” katanya.

Menurutnya, ketika ini pihak bomba masih berada di lokasi kejadian.

“Pengguna disarankan untuk bertenang dan patuhi segala arahan petugas operasi stesen.

“Pengguna juga boleh merujuk media sosial Rapid KL dan aplikasi PULSE untuk maklumat terkini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top