STL GP Perak: ATM buat permulaan baik

STL GP Perak: ATM buat permulaan baik

IPOH: ATM Guardians membuat permulaan baik saingan STL Premier Emas Anuar GP Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini apabila menumpaskan Penang Black Panthers 2-1.

Tumpas 10-15 pada set pertama, ATM bangkit dalam dua set berikutnya untuk mengutip kemenangan dalam perlawanan kumpulan.

Begitupun, Penang Black Panthers tampak menuju kemenangan straight set apabila mendahului 13-11.

ATM berjaya menyekat kemaraan pasukan Pulau Mutiara untuk meraih kemenangan 15-13.

Set ketiga juga berlangsung sengit yang menyaksikan tekong kedua-dua pasukan banyak membuat kesilapan.

Bagaimanapun ATM berjaya mendahului 14-12 dan menamatkan perlawanan itu 15-13 selepas membenarkan lawan mengutip satu mata.

GP Perak meurpakan sirkit ketiga STL Premier Emas Anuar selepas GP Selangor dan Terengganu.

KL Thunder memenangi kedua-dua sirkit tersebut.

Perak Bison muncul naib juara di Selangor manakala Terengganu Turtles Naib juara pada saingan di Terengganu. – UTUSAN

Scroll to Top