“Stres Musuh Paling Besar” – Vivy Yusof Reda Diuji Penyakit Lupus

“Stres Musuh Paling Besar” – Vivy Yusof Reda Diuji Penyakit Lupus

Pada Mei lalu, usahawan sensasi, Vivy Yusof mendedahkan menghidap lupus atau systemic lupus erythematosus (SLE) iaitu penyakit autoimun sistemik dimana sistem imun badan pesakit menyerang sel-sel dan organ tubuhnya sendiri.

Menerusi perkongsian di Instagram Vivy dilihat sedang menjalani pemeriksaan lanjut dan akhirnya disahkan penyakit autoimun seumur hidup.

BACA: Vivy Yusof Dedah Hidap SLE, Ramai Luah Simpati

Sementara itu, Vivy bersyukur kerana mengetahui perkara tersebut lebih awal agar dapat memulakan rawatan dengan segera dan mencari rawatan alternatif yang tidak bergantung kepada steroid.

“Lupus bermaksud serigala, yang menunjukkan betapa menakutkannya penyakit ini. Ianya mengoyakkan tubuh dari dalam tanpa disedari. Simptomnya sering disangka sebagai keletihan biasa, ruam atau sakit sendi.

“Saya bersyukur akhirnya dapat diagnosis, jadi saya tahu bagaimana untuk rawatnya. Tapi saya masih terus mencari rawatan jangka panjang yang bukan berasaskan steroid,” katanya.

Dalam pada itu, Vivy berkata dia tidak menyangka tekanan dan stres yang dikawalnya selama ini sedang ‘meruntuhkan’ kekuatan tubuhnya secara perlahan-lahan.

“Stres adalah musuh paling besar. Saya sangka saya dapat kawal stres dengan baik sebagai seorang usahawan, saya jarang sakit dan sentiasa bersikap optimis.

“Tapi saya tak tahu badan saya sebenarnya give up dari dalam. Saya diberitahu ini penyakit sepanjang hayat, dan saya dah redha dengan hakikat itu,” katanya.


Scroll to Top