Strim siaran langsung acara sukan antarabangsa dengan U Home 5G x sooka VIP

Strim siaran langsung acara sukan antarabangsa dengan U Home 5G x sooka VIP

KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia telekomunikasi terkemuka, U Mobile kini menawarkan pelbagai kandungan menarik buat tatapan pengguna mereka melalui pakej eksklusif U Home 5G x sooka VIP.

Ia termasuklah acara sukan langsung tempatan dan antarabangsa seperti perlawanan Liga Super, Kejohanan Badminton Dunia, Premier League, UCL, UFC, WWE.

Bukan itu sahaja, pakej ini turut menawarkan pelbagai hiburan langsung buat seisi keluarga seperti Running Man dan MeleTOP pada harga eksklusif.

Menariknya, dengan hanya RM108 sebulan berbanding RM162.90 sebelum ini, pengguna dapat menikmati kesemua penstriman kandungan eksklusif ini tanpa sebarang gangguan di rumah bersama yang tersayang dengan penjimatan sehingga RM55 sebulan.

Lihat senarai dibawah bagi membandingkan harga pasaran dengan penjimatan yang diberikan:

  • U Home 5G: RM68.00/sebulan (harga pasaran: RM78.00)
  • sooka VIP: RM40.00/sebulan (harga pasaran: RM84.90)

Menariknya, pakej U Home 5G x sooka VIP ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti:

  • Dikuasakan dengan jalur lebar 5G tanpa had bagi memastikan peranti anda dan keluarga sentiasa tersambung.
  • Membenarkan pelanggan menikmati kemudahan ini pada tiga peranti termasuk satu televisyen (TV) mengikut pilihan ahli keluarga.
  • Penstriman sukan secara langsung dan rancangan TV global terbaik
  • Kualiti video berdefinisi tinggi (HD) penuh tanpa iklan

Dengan pakej U Home 5G x sooka VIP eksklusif ini, pelanggan kini boleh menikmati penstriman rancangan TV global dan sukan secara langsung bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Semua ini adalah dikuasakan oleh U Home 5G yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Liputan seluruh negara dengan kelajuan 5G tanpa had
  • Palam dan pasang 
  • Tanpa ikatan kontrak atau pemasangan untuk ketenangan fikiran pelanggan

Untuk mendapatkan U Home 5G x sooka VIP, semak kawasan liputan di laman web U Mobile dan dapatkan U Home 5G melalui eShop atau di kedai serbaneka 7-11 berhampiran sebelum mendapatkan U Home 5G x sooka VIP melalui aplikasi MyUMobile.

Layari laman web U Mobile untuk maklumat lanjut dan mendaftar pakej U Home 5G x sooka VIP pada harga tiada tandingan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top