Struktur haram luar penempatan pelarian Filipina Kg. Muslim Labuan dirobohkan

Struktur haram luar penempatan pelarian Filipina Kg. Muslim Labuan dirobohkan

“Operasi itu dijalankan dengan rasa sensitiviti yang tinggi terhadap kesusahan penduduk, memastikan hak dan maruah mereka diutamakan sepanjang proses itu,” katanya kepada Bernama selepas operasi itu.

Abdul Basit berkata, struktur haram itu dibina di atas tanah kerajaan, menjadikan ia pencerobohan.

“Kami mengeluarkan notis untuk mengosongkan kawasan itu pada Disember 2022, tetapi nampaknya mereka tidak mempedulikan notis tersebut, sikap tidak ambil endah itu mendorong kami untuk melaksanakan perobohan hari ini,” katanya.

Katanya, langkah perobohan itu menunjukkan betapa sulitnya menangani isu antara kemanusiaan dan menegakkan undang-undang serta standard keselamatan.

“Fasa perobohan seterusnya akan diadakan di Kg Saguking Gersik, di mana struktur haram telah dinaikkan di bahagian-bahagian spesifik kawasan di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS),” katanya.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara Labuan, Mohd Hafiez Mohd Daud berkata, penempatan pelarian sementara itu terletak di Kg Muslim, merupakan rumah kepada individu dan keluarga yang terpaksa menyelamatkan diri daripada konflik dan penderitaan di negara jiran.

“Bagaimanapun, setelah beberapa lama, beberapa struktur muncul tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

“Struktur ini bukan sahaja berbahaya kepada orang yang mendiaminya, tetapi juga memberi cabaran kepada perancangan infrastruktur dan kesejahteraan komuniti,” katanya. – Bernama

Scroll to Top