Stylofest Mega Raya bakal cipta sejarah dianjur 73 jam tanpa henti

Stylofest Mega Raya bakal cipta sejarah dianjur 73 jam tanpa henti

KUALA LUMPUR – Bertemakan #SyurgaShoppingKita, penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 yang akan diadakan bermula 14 sehingga 17 April depan dijangka mencipta sejarah dengan penganjurannya selama 73 jam tanpa henti.

Bukan itu sahaja, festival membeli-belah  di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu menyenaraikan lebih 400 gerai jualan yang terdiri daripada pelbagai produk serta keperluan pengunjung terutama keluarga bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Malah Stylofest Mega Raya 2023 turut memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi cabutan bertuah bernilai RM100,000 termasuk lebih 1,000 baucer membeli-belah selama tiga hari penganjurannya.

Penganjur yang juga selebriti serba boleh, Didie Alias berkata, festival berkenaan amat sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga untuk mendapatkan pelbagai keperluan satu keluarga bagi meraikan hari raya nanti.

“Selain daripada menganjurkan sebuah festival yang meriah, selesa dan padat dengan aktiviti dan tawaran diskaun hebat kepada pengunjung, ia telah menjadi prinsip dan keutamaan kami sejak tujuh tahun yang lalu untuk memberikan keutamaan kepada para usahawan dengan strategi-strategi promosi dan pengiklanan yang padat dan berterusan bagi memastika npara usahawan dapat menjalakan aktivti jualan dengan penuh rancak dan menguntungkan.

“Kami juga menyokong dan menyahut cadangan kerajaan dengan memperkenalkan Tapak Rahmah bagi membantu usahawan- usahawan kecil terutama yang baru berniaga dengan menawarkan harga tapak serendah RM2,500”katanya lagi.

Menurut Didie Alias, penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 telah mendapat penyertaan jenama popular seperti Watson, Ella Furniture, Bulan Bintang, Elrah Executive, Hijabista Hub, Minaz, AlhaAlfa, Simply Siti, Supersunday dan bermacam lagi selain daripada penglibatan UniKL sebagai rakan kolaborasi acara berkenaan.

“Objektif utama penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 tidak lain ialah untuk merancakkan lagi ekonom inegara dan tidak ketinggalan meningkatkan ekonomiparausahawan tempatan yang mengambil bahagian.

“Dalam masa yang sama, inilah peluang keemasan kepada para pengunjung untuk menikmati pembelian harga mamp umilik dan tawaran hebat bagi setiap produk yang ada dijua lsini, selain dapat beriadah bersama keluarga sepanjang 73 jam karnival ini diadakan,” katanya.

Sementara itu, satu unit gerai jualan di StyloFest Mega Raya 2023 boleh didapati pada harga serendah RM3,500, RM4,500, RM5,500 serta harga premium mengikut pada lokasi tapak gerai. – MalaysiaGazette