Suami Dakwa Zahnita Curang, Lari Dengan Lelaki Lain Selama Enam Bulan | Oh! Media

Suami Dakwa Zahnita Curang, Lari Dengan Lelaki Lain Selama Enam Bulan | Oh! Media

Kisah rumah tangga pelakon dan model Zahnita Wilson sekali lagi mencuri perhatian apabila suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, sedia menceraikan pelakon itu tetapi ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Antara syarat utama adalah berkaitan hak penjagaan dan kebajikan empat anak mereka.

“Saya sedia, tapi ada syarat!”- Zackery.

zahnita

Menurut Zackery, dia tidak mahu bergaduh lagi dan berharap mereka dapat berpisah secara baik demi anak-anak.

Kalau dia dapat tunaikan syarat tersebut, kami boleh bercerai secara baik. Saya tak mahu bergaduh lagi, tetapi saya harap kami dapat sama-sama menjaga anak-anak.- Katanya kepada media.

Bagaimanapun, mahkamah telah memerintahkan pasangan ini melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) kerana mereka gagal mencapai kata sepakat dalam proses penceraian.

Zackery cuba maafkan isteri demi anak-anak…

zahnita

Ditanya sama ada proses JKP boleh menyelamatkan perkahwinannya, Zackery berkata dia tidak menolak kemungkinan itu, namun mengakui sukar untuk melupakan atau memaafkan Zahnita selepas apa yang berlaku.

Agak berat untuk saya melupakan atau maafkan dia. Tetapi, siapa tahu? Demi anak-anak, mungkin saya akan cuba.- Jelasnya.

Nafi bergaduh sebab ada orang ketiga tetapi dakwa Zahnita yang pernah curang…

zahnita

Zackery sebelum ini telah menafikan dakwaan dia melakukan segala dakwaan yang dinyatakan Zahnita. Terkini, dia pula yang mendakwa menjadi mangsa dan mendedahkan Zahnita pernah menduakan dirinya sekitar 2015 dan 2016.

Kalau nak bercakap soal orang ketiga, pada 2015 dan 2016, isteri saya yang ada orang lain. Dia keluar rumah selama enam bulan dan membawa anak-anak sekali.- Dakwanya.

Zahnita dan Zackery mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata: Zahrafeena, 18, Zasharayna, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden, 4.


Scroll to Top