Suami Eda Ezrin, 3 rakan beri keterangan lima jam di IPK Kelantan

Suami Eda Ezrin, 3 rakan beri keterangan lima jam di IPK Kelantan

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Suami Eda Ezrin dan tiga rakannya yang dihantar pulang ke Kelantan pagi tadi selesai memberi keterangan selama lima jam.

Kesemua mereka diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bermula jam 2 petang dan selesai jam 7 malam.

Kesemua mereka keluar dari perkarangan IPK jam 7.05 malam sebelum pulang ke kediaman bersama keluarga masing-masing.

Terdahulu, Mohd Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dihantar oleh kakitangan Pejabat Imigresen Golok ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang jam 11.15 pagi.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa oleh polis ke IPK Kelantan untuk direkod keterangan dan menjalani ujian air kencing.

Media sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat selepas lebih sembilan bulan ditahan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.

Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain termasuk suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top