Nampaknya, penderitaan yang dialami oleh seorang influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau biasa disapa Cik Pia masih belum berakhir.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Cik Pia di laman TikToknya baru-baru ini, dia meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila anak yang baru dilakirkan terpaksa dibinkan nasab Abdullah gara-gara suaminya tidak memberi kerjasama untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara.
@norsufiajohari sedih sgt sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yg sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya..#trending #hello2023 #viral #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypage #tiktoker #tiktok #fypp #fyppppppppppppppppppppppp
“Sedih sangat sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yang sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, Cik Pia turut meluahkan rasa bimbangnya apabila anaknya itu akan mempersoalkan perkara tersebut apabila sudah membesar kelak memandangkan dirinya dibinkan dengan nama yang berbeza dengan adik beradik yang lain.
Malah, Cik Pia mendedahkan dia sendiri tidak tahu lokasi sebenar suaminya terkini dan ia telah menyukarkan lagi urusan tersebut dilakukan.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Cik Pia terus tabah dalam menghadapi dugaan ini dan berharap agar urusannya itu sentiasa dipermudahkan.
Sumber: TikTok @norsufiajohari