Suami Gagal Tahan Air Mata, Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua – “Bunga Nak Jadi Kakak Dah”

Suami Gagal Tahan Air Mata, Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua – “Bunga Nak Jadi Kakak Dah”

Pelakon Elisya Sandha berkongsi berita gembira kepada peminat apabila mengumumkan dia kini sedang berbadan dua.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Elisya memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan reaksi suaminya sebaik sahaja melihat ujian kehamilan.

Malah, Elisya dan Uzair Haqimy juga sempat berkongsi reaksi ahli keluarganya sebaik sahaja dimaklumkan tentang berita gembira tersebut.

“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest Rizq in life.

“Terima kasih atas doa kalian , @bungaelhaq nak jadi kakak dah,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan peminat menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan kehamilan dipermudahkan buat Elisya.

Sekadar info, Elisya dan Uzair berkahwin pada Ogos 2017 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Bunga yang kini berusia dua tahun.

Scroll to Top