Suami hanya duduk di meja, netizen kasihan lihat Fatin Afeefa ambil makanan sendiri

Suami hanya duduk di meja, netizen kasihan lihat Fatin Afeefa ambil makanan sendiri

Kisah rumah tangga pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang atau biasa disapa Opai kerap kali menjadi sorotan ramai.

Mana tidaknya, kenyataan dan gurauan yang sering mereka kongsikan di media sosial kerap kali menuai komen negatif daripada netizen terutamanya sewaktu Opai ‘mengaku’ dirinya ‘lelaki alpha

Kali ini, video yang diperoleh dari Insta Story sebelum dikongsikan semula di akaun TikTok milik @yoursbabe_11 telah menjadi perhatian semula apabila perakam menegur Fatin yang ketika itu sedang mengambil makanan sedangkan suaminya, duduk di meja makan.

@yoursbabe_11

Comel je faaten #fatinafeefa #artismalaysia #fyp #tiktokmalaysia #weddingvibes #suamiistribahagia

♬ original sound – Yours_ – Yours_

Walau bagaimanapun, pelakon itu kelihatan tersenyum sahaja dan menganggap perkara itu bukanlah masalah untuk  serta tak kisah melayan suaminya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen ramai yang meninggalkan maklum balas dengan mengatakan perkara tersebut bukanlah isu besar kerana tak salah isteri mengambil makanan sendiri dan melayan suami.

Namun ada juga yang kasihan dan memerli pelakon itu mengatakan yang suami mereka bukan alpha namun tetap menjaga isteri dengan baik.

 

 

 

 

 

 

Apa-apa pun terpulang kepada masing-masing dan ia bukanlah satu isu besar kerana melayan suami dengan baik juga dapat menambah pahala isteri.

Boleh jadi ketika itu, suami kepada Fatin Afeefa sedang sibuk dan perlu menguruskan hal penting.

Sumber: TikTok @yoursbabe_11