am@hmetro.com.my
Kulai: Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabas di Kilometer 37.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima makluman kejadian pada 1.40 tengah hari, yang dipercayai berlaku apabila motosikal berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar besi pembahagi jalan.
“Pelanggaran menyebabkan penunggang berusia 55 tahun dan isterinya 49 tahun parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan.
Tan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-26081008 bagi membantu siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




